Botok-botok
Sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba yang dikukus dalam daun pisang. Botok-botok ialah makanan asli orang Johor.

Rempah yang digunakan ialah Ketumbar, cili kering, kunyit, jintan putih, jintan manis dan lada putih. rempah ini dicampur serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih. Selain itu digunakan juga kelapa parut yang digoreng, santan, asam jawa, gula pasir dan belacan.

Antara herba yang digunakan termasuklah Daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda.

Botok-botok yang telah digaul biasanya dikukus selama dua jam. Semakin lama dikukus semakin sedap rasanya. Cara lain membuat botok-botok adalah dengan merebus bahan bersama-sama santan selama 2 jam atau lebih. Pucuk ubi dan daun mengkudu dijadikan alas rempah botok-botok.




Bahan-bahannya:

  • 1 kg ikan tenggiri
  • 4 bungkus spagetthi ( dicelur)
  • 2 biji kelapa ( diambil santannya)
  • 11/2 biji kelapa (dibuat kerisik)
  • 30 biji cili merah (tumbuk)


Bahan-bahan kisar:

  • 600g udang basah (direbus)
  • 300g udang kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan ketumbar
  • 1 camca jintan manis
  • 1 camca jintan putih
  • 2 cm lengkuas
  • 4 tangkai serai
  • 1 cm halia
  • Garam secukup rasa


Bahan ulam:

  • 600g taugeh
  • 300 g kobis
  • 2 biji timun
  • 3 biji bawang besar
  • 20 helai daun
  • Selasih sedikit daun kesum, limau kasturi
  • Sedikit belacan

Cara membuat kuah

  1. Bersih ikan. Kemudian rebus ikan dan ambil isi ikan tersebut.Kisar ikan tersebut hingga hancur.
  2. Masak santan hingga pecah minyaknya. Kemudian masukkan cili yang di tumbuk lumat.Kacau sebentar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah di kisar kedalam masakan tadi.
  4. Biarkan ia mendidih dan pecah minyak.Biar kuah mendidih.
  5. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Cara menyediakan ulam.

  1. Kobis, timun, daun selasih, daun kesum dan bawang besar dimayang halus.
  2. Limau kasturi dibelah dua. Tauge pula dibersih tetapi jangan dicelur.
  3. Masukkan semua ini ke dalam satu bekas.
  4. Boleh dihidangkan bersama dengan spagetthi dan kuahnya.

 


| Introduction | Land | Population | Labours |
| Basic Economy | Economy | Export | Administration | Johor Writers' Biodata |
>